Thursday, August 7, 2008

gundah gulana!



hari ni jiwa ku amat gundah gulana sekali...x tahu apa yg kena..teramat malas nak berkomunikasi ngan sesapa pon..nak kata rindu kat awek,xde awek pon..nak kata nak gado ngan awek, xde awek pon...hahaha...tapi biasala sekali skala xde mood..nasib baik ada lagu butter baru ni, dpt gak mengubat jiwa jiwa yg gundah gulana ni...btw...ni nak kasi komen untuk album baru butter 'kembali'...ni aku nak komen track by track..

1. joget global - intro syair yg amat unik dan menarik...lagu dan irama sesuai ngan tajuk supaya menyuruh org berjoget..lirik dia simple but meaningful...but the effect is quite long...blh tambah satu lagu lagi...

2. bebas - lagu dan irama amat catchy...sesuai utk org yg baru nak berjinak ngan butter..
again, lirik dia simple but meaningful...'enjit-enjit semut'..sesuai sekali..

3. maharani - penggunaan violin yg amat berkesan..lagu dan irama agak modern rock.. again, lirik dia simple but meaningful...

4. terus terang - lagu dan irama teramat catchy...lirik senang and lagu pun senang...

5. air liur di kuala lumpur - lagu dan irama rock gile..ada unsur2 garage skit...simple lyric.. guitar power gak..

6. lengkap semula - intro dia ada skit2 mcm intro paint it black by rolling stones...strumming akustik guitar utk lagu ini amat power...dicampur ngan efek yg amat genius dan campuran r azmi...lirik ni mendalam n menyusuk kalbu...ini antara brilliant song 4 this album..

7. merdeka - go keroncong!classic! memang genius lagu ni...masuk ngan lirik yg sempoi..irama keroncong+piano dari k.masdor begitu mengasyikkan....again,ini antara brilliant song 4 this album..

8. 1000 tahun - 1st single..tapi untuk album version ada lain skit..guitar pon 2 kot..intro panjang tapi memuaskan...lagu dia agak menarik..and bnyk perkataan kembali..sesuai untuk menunjukkan yg diarg dah kembali after 3 years..lirik dia bersemangat!

9. gelombang cinta - lagu cinta dari butter! lirik mmg jiwang skit..lagu dan irama agak unik and sesuai ngan mood...

10. mendaki menara condong - antara lagu yg menarik gile..efek2 yg digunakan superb... alunan lagu ini ada unsur2 radiohead tapi tetap buttersound...

11. mati hidup kembali - a masterpiece! lirik menyentuh perasaan..piano+akustik gitar yg amat power...tapi sayang skit efek panjang gile..setgh org mayb jemu...

my personal opinion...for the whole album, album ni best dari selamat tinggal dunia...and dari segi experimental ni best after malayneum...tapi apa2 pon smua album butter best2..ada kelainan pada setiap album...congrats!

Wednesday, August 6, 2008

jiwa terpecah dua..

lari lintang pukang,
kemarau kering kontang,
seluk poket kosong,
meniup habuk melayang-layang,

kiri kanan berkeliaran,
sisa hidup bergelimpangan,
sana sini bertempiaran,
kaki tempang putus tangan..

jiwaku terbelah dua,
jiwamu terbahagi dua,
jiwa mereka kosong belaka,
jiwa kita sama sahaja.

tanganku terkapai-kapai mencapai awan.
diriku sering berlawan-lawan,
fikiranku terpesong berangan-angan,
mindaku sering bertentangan..

jiwaku terbelah dua,
jiwamu terbahagi dua,
jiwa mereka porak peranda,
jiwa kita jauh belaka...

~mine 2008~

Thursday, July 17, 2008

tanah tumpahnya darahku...



"politik itu sentiasa kotor"..negara kita dikejutkan dengan krisis politik seperti yg berlaku pada tahun 1998 sekali lagi..ini adalah taktik kotor dan keji oleh pihak2 yg gile kuasa..yang ingin memonopoli harta2 di dalam negara..yang ingin mengawal undang-undang malaysia...yang ingin meneruskan tradisi typical minded ke dalam kepala otak orang malaysia...mereka inilah yg mendustakan kebenaran, membenarkan kedustaan, menghalalkan yg haram, mengharamkan yg halal umpama memakan babi dengan mengucapkan bismillah dan meminum arak mengucapkan alhamdulillah..bersedialah kerana berkemungkinan reformasi akan berlaku lagi..dan negara kita mungkin akan dilanda masalah ekonomi sekali lagi..dan pelbagai lagi masalah yg akan timbul..."history does repeat itself"..diharapkan org2 yang jahat dan tidak berakal akan tewas kali ini...setiap rakyat sudah pasti telah nampak dan sedar, siapa yg bersalah kali ini..krisis ini berulang lagi kerana ramai politician yg kotor amat takut jika DSAI menjadi PM..ini kerana banyak tembelang busuk akan pecah,rahsia akan terbongkar, penipuan akan didedahkan dan pelbagai lagi kejahatan dan kedustaan yang akan terurai...so, depa buat la drama baru dengan menggunakan skrip lama..akan tetapi terdapat beberapa pelakon baru pada drama kali ini..siap ada yg sanggup mengaku kene liwat..bodo betol..klu betol dia kene liwat, x payah la ngaku depan org ramai...walaupun sooner or later org tahu gak...klu betol ko kene liwat.. nape ko x lawan wei..bodo nya..nape ko rela...ko dah ada awek wei...x kan sanggup kene liwat lagi... ish2.. dari sini kita dah boleh nmpk drama kali ni mmg x logik gile..ada mcm2 lagi bende yang x logik...kepada pengarah drama ini, sila lah edit balik citer ni..dah mmg x logik..prof razak pon x buat citer mcm ni wei...smlm kita digemparkan dengan citer polis menahan DSAI kat umah dia..ish2..dah la pegi tahan sebelum pukul 2 ptg..tu kata ikut undang2? shit....klu nak citer pnjg lagi ni..tapi apa yg pelik...
1- mana paklah?patot dia masuk campor la..klu dia PM sejati...takkan takut kroni lari kot..
2- mana saiful?senyap plak mamat tu...ke sakit bontot?
3- mana mahathir?dia ni pon senyap jgk..takut tembelang lama pecah lagi ke?

apa nak jadi ngan mesia ni..bnyk kesinambungan yang berlaku selepas ini sekiranya kes ni berlarutan hingga alam khayalan, alam fantasi...protes demi protes sudah pasti akan diadakan sampai keadaan kembali reda..kemanakah arah tuju tanah tumpahnya darahku...

"saya inipun bukan sempurna, dosa dan pahalaku hanya tuhan sahaja yang tahu"

Thursday, July 10, 2008

4 prognosis untuk keluar dari tempurung....

1. jangan sentiasa ikut kata majoriti jika hanya sekadar ingin melepaskan diri kita, menyelamatkan diri kita dari dikutuk dari belakang atau ingin menjaga hati kawan.
2. jangan takut dikritik atau mengkritik.
3. berfikiran terbuka tetapi jgn melampaui agama.
4. marilah tentang bersama-sama.

Monday, July 7, 2008

perempuan = tanda soal?




again...last holiday (recently), one of my friends just broke up with his ex girlfren...and again the main reason is because his gf cant accept him anymore..i dont know why she dont want to accept him anymore...his not a 'buaya darat'...hmm...my main point is women are full of "question mark?"..they like to leave us with 1000 questions in our mind...and they like to leave that questions without any answer,explanation or guidance...so to all the couple in this world especially their relationship is in the air..beware! soon maybe your partner will left you with 1000 questions..

Tuesday, July 1, 2008

itik terkedek-kedek...



itik terkedek-kedek,
katak terkodok-kodok,
ayam jantan terkokok-kokok,
pemimpin berpolitik-politik,
rakyat terpetik-petik..

pelajar berkonspirasi,
menteri berkorupsi,
kerajaan berhalusinasi,
cepatlah reformasi,
agar nasi lambatlah basi...

hidup penuh bermasalah,
membuat keputusan serba-salah,
apa saja dia belasah,
cakap tak pnh nak kalah,
itu lah dia pak blah...

engkau senantiasa cuai,
hidupmu dibuai-buai,
membuat rakyat terkapai-kapai,
dengan ideamu yang tak boleh dipakai...

~mine 2008~

krisis demi krisis...

sejak pemerintahan pilih kasih dan kuku besi yg diamalkan oleh perdana menteri kita..negara kita semakin hari semakin teruk dilanda krisis...lebih2 sejak pemerintahan pak lah.. krisis, konspirasi agak sinonim dengan nama beliau sekarang ni....mungkin suatu hari paklah akan diwujudkan dalam kamus dewan edisi terbaru..dimana akan mempunyai maksud yg sinonim dengannya..tunggu dan lihat..tetapi bukan dia sorg sahaja yg bersalah..ramai lagi.. saya x nak jadi bias la..haha..ramai lagi yg bersalah dan patut bersara dari gelanggang politik tanahair...bnyk lagi nama yg sinonim dengan paklah.bukan sahaja perkataan malah nama pon sinonim...paklah oh paklah..sekarang ni negara kita dikejutkan dgn kes liwat anwar sekali lagi.. rasa macam kita berpatah balik 10 tahun yg lalu...siapa yg bertanggungjawab dalam konspirasi ini...siapa si saiful ni?kecoh dow mamat ni...berita,konspirasi yang sama sahaja..jika dilihat kancah politik negara kita lebih hebat dari sesetengah negara maju yg lain...walhal negara kita x lah maju sgt...adakah dgn ini kita akan terkenal di mata dunia...x payah bersusah payah memenangi emas dalam sukan olimpik pon, untuk menjadikan negara kita terkenal di mata dunia..ish2...politik oh politik...cuba la main cara bersih...allah sentiasa melihat kita..wassalam..

Tuesday, June 24, 2008

facebook!

akhirnya aku update facebook aku..hahaa..setelah lama nak update tapi x update2..huhu.. i'm missing the good old days...huhu..

Monday, June 23, 2008

cinta dan harta

dia sudah jatuh cinta,
pada negara,
negara MALAYsia,
sampaikan tak nak bersara...

dia sudah jatuh cinta,
pada harta,
harta negara,
dikongsi sanak saudara,
tidak diagih sekata,
tidak adil dan saksama..

dia sudah jatuh cinta,
jatuh cinta ngan si dia,
si dia yang tamak haloba,
penjual aset negara,

cintanya tidak bermakna,
jika tiada harta,
harta pusaka,
nenek moyang kita,
selamatkan negara kita,
dari sang durjana!

~mine 2008~

kemana arah tuju negaraku MALAYsia?

waktu aku tgh bercuti di ganu..kami sefamili digemparkan dgn kenaikan mendadak harga minyak secara mengejut..padahal dalam paper sehari sebelum ini kata bulan ogos baru nak naik.. pelik2..
ramai yg nak PAK blah tu step down..tapi aku terbaca artikel pasal mufti perlis..dia kata klu paklah step down, adakah PM lepas ni lagi elok?haha..fikirlah sendiri...
ni pendapat aku klu PAKblah step down..:

1: klu najib jadi PM: masak la MALAYsia...dia ni dah unsettled...dia ni mmg x clean...ngan bini dia smcm je...dia ni x de credibiliti nak jadi PM..blh ke dia utamakan melayu?bagi bantuan JPA majoriti kat student melayu balik?blh ke dia hapuskan korupsi?rasuah?masalah beras?minyak? menaikkan taraf pendidikan kita balik?
2: klu ku li jadi PM: for me dia ni je leh selamatkan UMNO...walaupun aku x suka UMNO..tapi aku tak nak bias la kan....tp kekurangan dia... he's too old...huhu!!!
3:klu ANWAR jadi PM: dari atas kertas he's the right guy....setakat ni dia blh gabungkan parti pembangkang menjadi pakatan rakyat walaupun pelbagai masalah dan kontroversi yg dihadapi...mayb dia boleh gabungkan melayu dan MALAYsia...dan dia kata dia boleh turunkan harga minyak...wait and see..jgn kutuk atau puji lagi...

negara kita makin hari makin dihimpit,dituai, disebar dengan propanganda dari media, politician dan org2 sekeliling kita...ada yg panik,ada yg berdebar2 menghitung nasib mereka... now is the right time 4 paklah to step down or resign as a PM, politician, UMNO presiden, dan segala2 jawatan yg ada nama dia...STEP DOWN!

percutianku episod 2..


atas bot lanun..haha..

kat jeti..


belakon kaler batik...


homestay..


benti rehat..makan dulu..

huhu..ni percutian yg dinantikan..on 3rd june, aku ngan famili aku g kelantan n ganu..percutian ni mmg best..smua famili aku nak pegi skali lagi..haha..paling best mandi laut la..kat pantai chendering kot...mmg lawa la..paling x best tggu org pompuan shopping kat pasar payang..aduh.. dah la panas terik..mmg sabar tahap maximum masa tu....hahaha..

percutianku episod 2..

percutianku episod 1..



gamba kat MSI,Kulim..

mcm2 plan nak buat untuk cuti kali ni..tapi bukan smua nyer jadi pon..2nd week cuti , aku g MSI kulim..ada kursus keusahawanan.huhu..saja nak join..nak mengisi masa cuti aku ni..mula2 masa isi nama ramai gak yg nak join..last2 tggl aku ngan najib je..slamat la..klu x mst boring gile..boleh gak dpt sijil..aku gerak rabu pagi...sampai2 je diaorg suh makan dulu..blasah la nasi goreng..pastu diaorg suh pegi lecture theatre..nak bahagikan kumpulan..kat sini mula la becampur ngan budak2 unikl lain..aku pun jadi segan la..sebab x kenal sapa2pun dalam group..1st class dah kena buat presentation..haha..bersemgt la kejap nak jadi usahawan..slamat group aku ada sorg budak ni pandai becakap..klu tak, abisla..kelas ni sampai petang je...tu yg agak bosan..especially malam.. bila malam je,aku ngan najib dilanda kebosanan...sampai cari cc la..haha..keesokan pon sama je..kelas smpi petang..ptg tu nasib baik ada org main bola..ok la skit..haha..dpt la jugak kawan2 baru..kursus ni pon smpi ari sabtu je..so penutup, malam tu diaorg buat dinner..timbalan menteri keusahawanan datang..aku terdengar sesuatu dari ucapan dia..dia kata dia ni rebellious.. ntah betol ke x..klu rebellious nape tak join pembangkang...politic is shit....macam tu la..haha..kesimpulannya dari kursus ni dia dpt menaikkan smgt aku untuk menjadi seorg usahawan utk beberapa hari je...hahaha...so bila dah selesai kursus ni...aku terus "shoot" pegi ipoh...attend kenduri makro..aku lepak umah meru smlm..ptg esok terus "shoot" balik sp..huhu..kira best gak la kursus ngan pegi ipoh ni..haha..

Sunday, May 18, 2008

apa yang senang???

mencari-cari,
ternanti-nanti,
saat ini,
mengapa sebegini?

lautan dalam tidak diselam,
gunung ganang tidak didaki,
alam luas terbentang,
manusia mencacatkannya.

hatiku disakiti,
tiada sapa peduli,
matiku begini,
banyakkah salahku....

hidup senang,
tapi tak tenang,
hidup miskin,
juga tak tenang..

abistu kemana hidup ini..
kemana hidup ini...

~mine 2008~

long long time ago...

this is my first blog since feb..i think so..it was a miserable semester for me..so many ups and downs for me..macam2 benda yg jadi..pening pala aku nak cerita..malas la nak cerita sgt..so skang ni aku tgh sedaya upaya menikmati cuti aku walaupun pada dasarnya dah mula bosan..sebab x de aktiviti ataupun aku duk pikiq pasal sumtink lagi...aku pon x tahu la..sem ni mmg bnyk dugaan.. kadang-kadang aku rasa aku nak jadikan keadaan cam dulu balik..lantaklah 'dia' x dak dalam hidup aku pon x pa..asalkan aku hepi je la...'dia' tu bnyk org..bukan sorg..huhu..aku dah bosan nakk layan sesetengah org dalam hidup aku..cam nyesal ja jumpa diaorg..haha..tapi klu difikirkan balik, smua org x perfect kan..so kita kena terima la dengan seadanya..aku pun sama la..mesti ada org nympah jumpa aku..kan?x kisah la..klu org dah nyampah nak buat cam ne....open minded skit..jgn asyik typical je..dok kata belakang...haha..setakat ni aku dah nmpak sapa kawan baik dan sapa yg boleh dipercayai dan sapa yg x boleh dipercayai..setelah bermcm2 benda yg jadi lately kat aku...huhu.. tapi apa2 pun masa berlalu agak pantas sem ni...walaupun aku kurang stadi..dah last2 minit baru terhegeh2 nak stadi..tu pon ada org ajar..klu x harapan la..exam pon cam barai je...takut nak check result nanti..dah la online plak tu...haha..mesti berpeluh nanti..ari tu siap leh pegi jln2 lagi kat pengkalan balak..siap ada peristiwa lagi..hahaha..peristiwa aku,kau,kami dan kita....haha.. well.. rabu ni nak g kursus kat kulim..huhu..saja nak mengisi masa lapang..haha..next wik ke ipoh.. kenduri lagi..many of my friends dah pon kahwin..huhu..congrats...hope u all kekal smpi ke hujung nyawa...that's all for now..adios..

Saturday, April 26, 2008

aliran kesedihan..

menghirup udara malam ini,
penuh persoalan,
tiada jawapan,
tapi di manakah noktah.

ku mencari jawapan,
bagi setiap persoalan,
peralihan laminar semakin terasa,
peralihan turbulen semakin hampir,

sedih ku tak bermakna,
sedih ku tiada erti,
sedih ku tiada impak,
sedih ku tak dipeduli.

hembusan oksigen tumbuhan,
bercampur..
hembusan karbon oksida manusia,
bercampur..
hembusan karbon monoksida kenderaan,
bercampur..
kedaifan pemikiran manusia,
yang terbatas..

noktah,koma,tanda soal
sering berada di setiap ayat kita...

~mine~
april 2008..

Thursday, February 14, 2008

kembali kepada petak pertama..


Man City deny United on an emotional day!

aku tgh tgk game aberdeen ngan bayern..tgh halftime..so baik tulis blog ni jap...apa dah jadi ngan bayern pon x tahu..defend agak kelam kabut...frust gak la tgk...persembahan bayern agak kurang konsisten sejak kebelakangan ini...dah la ribery x main...so x dpt la tgk skill dia..sama la ngan team feveret aku..man utd...tu mmg frust la..dah la seri ngan spurs pastu klh kat home ngan man city..lately klu derby je mst kalah atau seri...bagi aku fergie silap la sebab bagi scholes main 1st team cepat sgt...dia menganggu corak dan momentum permainan man utd..hargreaves/carrick partner ngan anderson dah ok dah...pastu aku rasa nani tu kena kasi masa skit lagi..dia tu style dah sama mcm ronaldo tapi memanjang x lepas je kalau nak dribble...crossing pun kurang tepat je..tapi aku pelik la..kenapalah man city x bape semangat main time lawan arsenal aritu..time derby match je dan2 power..tambah micah richards ngan r.dunne tu.. bersemangat defend...suck ar!!esok mlm man u lawan arsenal..itulah yg dpt mengubati hati peminat2 man u yg frustrated klu man u blh mng nanti..harap2 scholes x main la..kasi mid yg main masa dia injured aritu....defend jgn la goyang ngan adebayor tu..mark la dia betol2..
aku benci betol bila ada player man u duk sebot " we will bouce back.."tapi duk mcm tu je..

cheers!

Wednesday, February 13, 2008

yes..the tactic has been changed...


sometimes the revolution could change the colour of this world!!


yesterday i was quite relief because my thermodynamic lecturer had changed his teaching method..he did not use power point or any freaking slide anymore..he uses whiteboard marker, some notes as his assistant to teach us...i think all of us are happy with his new style...everybody seems quite understand what he taught yesterday..it seems like he changed the tactic from dull defensive style to bright offensive tactic...when it was interesting, we felt the time was ticking quickly...before this we felt the time was ticking so slow,slow and slow..and many of us were yawning as from drowsiness or boredom of the slide show..i hope my lecturer can keep this method until he retires from being a lecturer...today our "blur" prime minister has announced that Parliament has been dissolved..so the battle we begin...the battle of politicians...open your eyes and spread your mind...many promises have been made or will be promise as to take our heart to vote for them.. bullshit!!some of them can't be trusted anymore..they like a pig with a red nose for me.. but not all of them..there are still there can be trusted..but use your instinct...don't just simply vote without thinking what is the best that could happen to us after this..i hope the wealth of this country will generally and equally distributed to all of us..no more sharing with son in law, daughter in law, mother in law, grandma in law, uncle in law or any other law....please.. not all of us are happy as you.. moron....
"your vote is your voice dude.."

cheers!!

Monday, February 11, 2008

Beauty of Math!



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321


From a strictly mathematical
viewpoint:


What does it mean to give MORE than
100%?

We have all been in situations where
someone wants you to give OVER

100%.

How about ACHIEVING 101%?


Here's a little mathematical formula

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God
will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%



With mathematical certainty
Hard Work and Knowledge will get you
close,

and Attitude will get you there,

It's the Love of God that will get you
over the top!

cheers!!

mysterious jigsaw puzzle..



there are so much mysteries in our lives...sometimes it is not in us but it is in someone else's lives..more to worry if it in someone that close to us...more to think if we don't know about it... and we are curious to know about it whenever the clock is ticking..but we failed to know because it is beyond our power...we can't hear what is in other people 's thought...if we manage to know , the life would become simpler to us..we will know who is our real friend, who likes and hates us, who loves us, who annoys with us, who cares about us and many more..the older we get, the more probs are we facing..ironically, we found someone that we lost for many years but in the same time we are losing them..i mean, not physically losing them but i think more mentally and internally... this mysteries are hard to explain...it keeps people wondering and thinking...????it's like a puzzle that puzzling us.. eventhough the riddler can't solve this mysterious puzzle...only god knows what is really happening..

Tuesday, February 5, 2008

vision of division...!!

the cure for bad leadership!

today is tuesday..tomorrow i will back to sp..to meet my families and friends..i cant wait to meet them because there are many activities to do.. i hope so...there are things that must be settle.. firstly the battle with my cousins..playing football..of course..and one tiny complicated things...i'm feeling a little bit headache today because i had thermo class just now..for me this is the toughest subject in this semester....plus the lecturer are not quite helping us..huhu..so sad...what to do?just accept it..life is not easy..the rumours are keep spreading..the general election is just around the corner..is it gonna be a fair election this time?or is it gonna be the same old dirty story...if it is still the same, i guess there will be more protests and riot in our country until our people satisfied with the government especially with the leader...if the leader collapse, the country will totally collapse and stumble to the ground..i hope it will be a fair election.. no lies, no cheating, no ghost and no corruption..

cheers!!
SPR "cekap dan telus"..arap2 betol la...

Monday, February 4, 2008

if i could...


as proud as a peacock!

if i could delete all the bad memories just like deleting all the files in the hard disk...wouldn't it be nice?by this i can always be a happier person..but it can't teach u anything about this life..because we didn't learn anything..and u are not too mature by the age that u suppose to be mature..from now on i realized that, people should be treated like the way they treated us..but if they full of egotistic, we just be modest as we can..no need to show off to them...but if your patient is off the limit, just kick their ass..just shut their mouth up..from now on i don't want to be nice to any person that not nice to me...what's the point if they are not nice to me, should i still be nice to them..i feel like i'm being fooled by them.."macam jadi tembok je"..so..let's move on..no need to turn back and regret anything that happened to us..take is as a path of your life to the rite direction...hmmm..

egotistic..

bodoh sombong,
tak sedar diri,
jgn nyesal,
kemudian hari.

mintak tolong,
sana sini,
tidak kira,
apa jadi.

dah senang,
jauh diri,
konon-konon,
tiada apa-apa terjadi.

itulah ego,
masa kini dan mendatang,
tapi tidak masa lampau,
yg tidak boleh diubati..

manusia oh manusia,
apakah yg terjadi,
ada hati,
keras macam batu..

=mine2008=

cheers!!!

Sunday, February 3, 2008

walaupun seri tapi kalah..



the rise and downfall in epl yesterday..damn! i hate when arsenal or any other team take the lead back from man utd.....but congrats to adebayor..he's quite a prolific striker in the world now..

tensi aku ngan mu..leh seri lak smlm...spurs lak dan2 form..time lwn arsenal x nak defend bertubi-tubi mcm tu..disebabkan seri mu tersungkur ke no 2 liga..aduh..bukan senang nak keja balik tu..nanti mula kuar statement "we will bounce back"..tapi x bounce2 gak pon...klu mu mng smlm boleh menceriakan lagi keadaan...hahaha...semlm aku g mid ngan housemate aku..dah x de pape2 nak buat..g jln2 la...g kol 2ptg,kol 9 mlm baru balik...ramai betol org smlm..org shopping la..dah ada sale..tapi masa nak g tren delay lak...nak bagi laluan kat tren antara bandar..pe lagi, bila dah delay, makin ramai org duk tggu tren..pastu nanti tren pon mcm sardin la..bila dah smpi certain station, terpaksalah certain org mengalah utk tggu tren seterusnya sebab tren dah terlampau packed..bukan apa, klu berterusan mcm ni, kdg2 susah la org..mana tahu dia ada bende urgent utk disettlekan..kesian la org tu..huhu..tapi aku respek la kat org yg bertolak ansur dan yg mengalah ni..diaorg ni x mementingkan diri sendiri..org penting diri sendiri ni, selalunya ego dia mmg kuat..berlagak je lebih..huhu..hmm...dah balik dari mid, aku ngan housemate aku terus g tgk bola..haha..frust..arsenal leh mng lak..man city plak main cam nak x nak je..haha..bertambah frust la..huhu..by the way,thanx la pada sapa2 yg membaca blog aku yg x seberapa ni...

Friday, February 1, 2008

hari ini...


tiktoktiktok..jam berdetik..jam menunjukkan pukul 5.50pg...sementara menunggu azan subuh baik aku tulis dulu blog ni...aku baru balik dari main futsal kat cyberjaya..3 jam gak la main..nasib baik free je..huhu..penat gak la main..sebab "court" dia agak besar la...standard size la..tapi court dia pakai simen..ok la...ramai gak la yg main hari ni...kata free...best gak la main ari ni...release tension gak la..dpt la aku melupakan beberapa perkara yang masih bermain di kepala otak aku ni...it's quite complicated to describe,what is going wrong with me now...sometimes i feel like i am living in a lala land...what had happened to me for the past few months was like a dream that came to me while i was sleeping...sometimes i hope the dream will vanish forever n ever..but sometimes i hope the sweet dreams will last forever...but i think this dreams are not sweet as sugar anymore..but it is becoming sour day by day..but this dreams had tought me a lot of things regarding the life in this beautiful world..the most precious thing that i've learned was, never ever believe that dream is really happening or will happen..take it for granted and make it dissapear quickly...if not, i'll live in this lunatic,freaking lala land forever n ever...if i still want to live in this fantasy world, i must face a lot of challenge and maybe a lot of true lies from the people who always lie with their sweet promises...bak kata orang,cakap x serupa bikin.. kelmarin kata lain,ari ni kata lain..mmg xde pendirian la orang tu...pendek kata,apa yg fantasi tu, susah utk kita nak jadikan realiti tapi apa yang realiti tu, agak senang untuk kita jadikan fantasi..kerana manusia mudah berangan-angan dalam hidup mereka...

cheers!!

Thursday, January 31, 2008

pemergian....


this 2 weeks the world was shocked by the death of some well known people..

dari dia engkau datang,
dari dia engkau pergi,
dari dia engkau sakit,
dari dia engkau sihat.

engkau datang tidak disangka,
engkau pergi tiada petanda,
samada bersedia atau tidak,
masanya akan tiba.

dari tubuh kita datang,
ke tanah kita pergi,
tiada guna di dunia,
tidak berbekal di akhirat,

pasang surut air laut,
pasang surut hidup ini,
tempang kaki jangan hati,
suluh terang hidup ini.

=mine2008=

transformasi dan reformasi...


adakah negara kita akan dipimpin oleh kerajaan transformasi yang penuh ngan skandal dan korupsi atau kerajaan reformasi yg sering memberontak untuk menegakkan keadilan walaupun sering dihalang oleh kerajaan korupsi tadi..? yang manakah akan membuatkan negara kita lebih maju, yang manakah akan mendorong rakyat supaya lebih optimis dan berfikiran kreatif dari setiap aspek?tetapi bukankah lebih baik kalau kita sama-sama bergabung tenaga, berdiri di bawah satu bumbung?bumbung itu diberi nama bumbung melayu dan islam..tetapi jangan la duk asyik sebut islam hadhari je...tapi tak dipraktikkan sgt pun..duk sembang je lebih..dengan bersatu sebagai satu bumbung kita bersama-sama boleh membantu umat islam di negara lain yg dilanda kesusahan dan kesempitan serta menentang kekejajaman yang dikenakan terhadap mereka..dengan ini barulah islam boleh bangkit semula dari sangkar masing2..atau adakah lebih baik kita berpecah dan biar rakyat yg menentukan kemenangan?dengan ini orang-orang kafir mungkin lebih suka kalau kita berpecah dan melihat kita memaki hamun sesama sendiri...

Islam lebih utama..bukan Melayu...so mana adat2 yang x mendatangkan pahala atau manfaat tu, x payah la amalkan sgt...aku pun x la bagus sgt..tapi try la berubah..

Wednesday, January 30, 2008

al-fatihah..!

Award-winning songwriter Rosli Khamis, better known as Loloq, died at the Damansara Specialist Hospital here on Wednesday, following an operation on Monday to remove a blood clot in his brain.

Loloq, 50, frequently collaborated with singer, songwriter and composer M. Nasir.

jommmmm...




















highly rated band.....i guess so...

Tuesday, January 29, 2008

i guess i wasn't needed here...


kita perlu menerima hakikat bahawa semua yg berlaku di dunia ini ada hikmah di sebaliknya..kita perlu bersabar menghadapi sesuatu yg perit atau pahit...walaupun amat sakit untuk menahan sabar, tetapi percayalah, ia amat berbaloi...kerana allah sentiasa di sisi kita, tetapi kita sahaja yg tidak sentiasa di sisi allah...bila dah susah baru ingat allah..mandi wajib, amik wuduk, bentang sejadah, semayang 5 waktu...tetapi bila senang hati sebaliknya...manusia cepat berubah, senang memungkiri janji...dalam sekelip mata mereka berubah dari baik hati ke busuk hati, dari ceria ke muram, dari bising ke senyap, dari seronok ke sedih, dari rajin ke malas, dari positif ke negatif.. ini kerana hati dan perasaan kita tidak sama....manusia oh manusia....

untitled...

ironik tidak terkata,
hati gundah gulana,
fikiran kacau bilau,
jiwa tidak tenteram,

tidak ketentu arahku,
tidak ketujuan destinasiku,
tidak berpedoman hidupku,
tidak beraliran darahku.

optimis negatif,
realis positif,
minda tertutup,

dibuai mimpi ngeri.

yang haram indah,
yang halal buruk,
semua yg dianggap indah itu adalah buruk,
diriku kebas terpaku.


=mine2008=

all screwed up!!

aku baru lepas menonton filem kami..citer pasal tookoo ngan din tu..citer tu mmg menyentuh hati dan perasaan..serta menyusuk kalbuku..citer tu amat menarik jika ingin dibandingkan dengan filem2 zaman sekarang..filem melayu zaman sekarang lebih mementingkan "style" daripada jalan cerita..biar jalan cerita bodoh asalkan ada gaya...walaupun diberikan suntikan bajet yg agak besar oleh kerajaan, namun kebanyakan filem kita gagal memberi impak yg memuaskan..kalau difikirkan balik filem2 seperti kami, kembara seniman jalanan tidaklah memakan bajet yg banyak tetapi hasilnya amat memuaskan dan meninggalkan mesej2 yg amat bermutu kepada para penonton.. sampaikan aku asyik memikirkan macam2...antaranya ialah kalau kita ingin mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup kita, kita perlulah bersusah payah terlebih dahulu...dengan ini barulah kita akan merasa puas dengan kejayaan kita...janganlah sesekali toleh ke belakang, kerana itu semua telah berlalu..kita tidak boleh memperbaiki atau mengulangi sesuatu perkara yg telah berlalu..belajarlah dari kesilapan kerana ia boleh mematangkan diri kita....hmmm...kadang2 aku berharap aku dapat memperbaiki kesilapan aku yg lalu..tetapi pada hakikatnya, aku tak boleh...

cheers..!!!
ditujukan kepada pembuat filem yg tak berkualiti...

Sunday, January 27, 2008

renungkanlah!!!




Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu' telah berkata :
Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan iailah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.
- Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e dan Ibnu Majah -





Daripada Nukman bin Saad daripada Ali telah berkata :
Telah bertanya kepadanya seorang lelaki maka katanya apakah bulan yang engaku suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?. Maka jawabnya : Aku tidak pernah mendengar seseorang bertanya mengenai perkara ini melainkan seorang lelaki yang aku telah dengar bagaimana dia bertanya kepada Rasululullah S.A.W sedangkan aku duduk disampingnya. Maka katanya : Wahai Rasulullah! apakah bulan yang engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?. Jawab nabi S.A.W yang bermaksud : Sekiranya engkau berpuasa selepas bulan Ramadhan maka berpuasalah bulan Muharram maka sesungguhnya ia merupakan bulan Allah padanya hari Allah telah mengampunkan dosa padanya atas kaum dan akan mengampun padanya atas kaum.
- Hadis hasan gharib diriwayatkan oleh imam Tarmizi -

memory remains!!


currently i'm listening several songs from my schooldays..i don't why.maybe to bring back the good old days..really missed it..but i cant go back to that days where full of joy and sadness..huhu...but i think it was full with countless memories that cant be bought with money..i think the memories shall remain in my mind..never regrets every single of it..i think my schooldays where i really grew up, although i'm not quite matured during that days...but for me, the modern age children are quite suck!they are to lazy, terlalu dimanjai, and cant do a lot of things..i think that's why they are to social in their life nowadays..drugs, sex, rempit are related in their life's dictionary..who should be blame?parents, teachers, siblings, friends..?it's not all them but majority of them...when will this situation can be decreased?every single day there are a lot of stories in our local newspapers that related to underage crime..hmmmm....

cheers!
that's all..klu ada tersalah bahasa or tatabahasa, sori la...

Friday, January 25, 2008

dah start..


this 2 days was quite bz for us..kelas pon dah start..boleh tahan pack la jadual..jadual baru pon dah dpt arini..arap2 dah x de la perubahan pasni...dah pening pale dah..jap2 tuka je jadual.. ptg tadi kelas termo..fuhhh..mmg pening abis la..kata subjek IFFI..sabar je la..haha..kelas control lak boleh tukar lecturer...ape daa...well..the cloud seems to be dark for me...i still waiting when will this cloud would be brighter..well,only i know what is exactly "cloud" is related to me..hehe..sorry.. i'm missing a lot of people nowadays..really2 much..my family,skoolmates,ex-housemates, diploma frens,my housemates and many more..huhu..and i hope my current classmates and housemates will unite just like the old days..come on man...damn!!when will this end..

Wednesday, January 23, 2008

now that i can see..

emosi seorang pompuan!!

now that i can see...
inside you..
now i realize..
who are you..
now i feel..
what you didn't feel..
now i know..
you are so f**king pride..

bila susah mencari,
bila senang melupai,
bila hilang menyepi,
bila datang menyamari,
bila dibuang ditangisi,
bila dibelai dihargai,
bila miskin rendah diri,
bila kaya lupa diri..

=mine2008=
cheers!!
ditujukan kepada kawan2ku yg putus cinta disebabkan pompuan!!!

another hollywood holiday!!

today is another holiday for me...i woke up at 10.00 am..i thought there was nothing to do besides finishing my presentation...luckily my fren wanted to go to mines to buy a monitor..quite relief becoz there is something to do to finish my day..hmm..before i forget to write..i chat with her(not my girlfren..just someone) today but i'm quite cold to reply her messages...i had no mood to chat or talk to her becoz i've already gave her way too many chances..but she took it for granted..so it's only time can tell now whether we can be close just like the way it is..that's all about it..back to mines..we went to mines for about 3 hours..just enjoying our time there besides accompany my friends...we went back at 7.00 pm..and we cook by ourselves for dinner..it was a great meal...i still wish that my life will be better onwards..everything's happen for a reason..so we must be stronger to pursuit the happiness in our life.. i think that's all for now..

Saturday, January 19, 2008

another boring sunday!

today is another boring sunday..there is nothing to do..i felt like i'm stranded in an island there is so empty..with no trees and no air...when i'm boring, i feel so miserable..only god knows..i hope this boredom will end soon..ya allah...pls help me...!!!!

Friday, January 18, 2008

you weren't there!!

you weren't there when i need you,
you weren't there when I'm sad,
you weren't there when i want you,
you weren't there when i'm bored,
you weren't there when i'm empty,
you weren't there when i'm sick,

you were there when you need me,
you were there when you sad,
you were there when you want me,
you were there when you bored,
you were there when you empty,
you were there when you sick.

when will i stop thinking about you,
when will i stop asking you,
when will this feeling end,

=mine2008=
this writing is dedicated to the foolish woman that is still live in this beautiful world!!!
CHEERS!!
-2008-

welcome 1429 and 2008..

this is my 1st blog in this "melancholy" month..it is melancholy because i'm losing my best fren.. i think so and i don't why...but i still hope i'm not losing....my moral is quite down though..well i just started my class..from what i've heard this is my toughest semester because it is full with heavy subjects..there are 3 subjects from IFFI. i hope i can through it..well, it is a bored long week for me..1stly there is nothing much to do..2ndly many of my house mates still in their dreamland...huhu..well..that's all for now..