Tuesday, January 29, 2008

all screwed up!!

aku baru lepas menonton filem kami..citer pasal tookoo ngan din tu..citer tu mmg menyentuh hati dan perasaan..serta menyusuk kalbuku..citer tu amat menarik jika ingin dibandingkan dengan filem2 zaman sekarang..filem melayu zaman sekarang lebih mementingkan "style" daripada jalan cerita..biar jalan cerita bodoh asalkan ada gaya...walaupun diberikan suntikan bajet yg agak besar oleh kerajaan, namun kebanyakan filem kita gagal memberi impak yg memuaskan..kalau difikirkan balik filem2 seperti kami, kembara seniman jalanan tidaklah memakan bajet yg banyak tetapi hasilnya amat memuaskan dan meninggalkan mesej2 yg amat bermutu kepada para penonton.. sampaikan aku asyik memikirkan macam2...antaranya ialah kalau kita ingin mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup kita, kita perlulah bersusah payah terlebih dahulu...dengan ini barulah kita akan merasa puas dengan kejayaan kita...janganlah sesekali toleh ke belakang, kerana itu semua telah berlalu..kita tidak boleh memperbaiki atau mengulangi sesuatu perkara yg telah berlalu..belajarlah dari kesilapan kerana ia boleh mematangkan diri kita....hmmm...kadang2 aku berharap aku dapat memperbaiki kesilapan aku yg lalu..tetapi pada hakikatnya, aku tak boleh...

cheers..!!!
ditujukan kepada pembuat filem yg tak berkualiti...

No comments: