Tuesday, July 1, 2008

itik terkedek-kedek...



itik terkedek-kedek,
katak terkodok-kodok,
ayam jantan terkokok-kokok,
pemimpin berpolitik-politik,
rakyat terpetik-petik..

pelajar berkonspirasi,
menteri berkorupsi,
kerajaan berhalusinasi,
cepatlah reformasi,
agar nasi lambatlah basi...

hidup penuh bermasalah,
membuat keputusan serba-salah,
apa saja dia belasah,
cakap tak pnh nak kalah,
itu lah dia pak blah...

engkau senantiasa cuai,
hidupmu dibuai-buai,
membuat rakyat terkapai-kapai,
dengan ideamu yang tak boleh dipakai...

~mine 2008~

krisis demi krisis...

sejak pemerintahan pilih kasih dan kuku besi yg diamalkan oleh perdana menteri kita..negara kita semakin hari semakin teruk dilanda krisis...lebih2 sejak pemerintahan pak lah.. krisis, konspirasi agak sinonim dengan nama beliau sekarang ni....mungkin suatu hari paklah akan diwujudkan dalam kamus dewan edisi terbaru..dimana akan mempunyai maksud yg sinonim dengannya..tunggu dan lihat..tetapi bukan dia sorg sahaja yg bersalah..ramai lagi.. saya x nak jadi bias la..haha..ramai lagi yg bersalah dan patut bersara dari gelanggang politik tanahair...bnyk lagi nama yg sinonim dengan paklah.bukan sahaja perkataan malah nama pon sinonim...paklah oh paklah..sekarang ni negara kita dikejutkan dgn kes liwat anwar sekali lagi.. rasa macam kita berpatah balik 10 tahun yg lalu...siapa yg bertanggungjawab dalam konspirasi ini...siapa si saiful ni?kecoh dow mamat ni...berita,konspirasi yang sama sahaja..jika dilihat kancah politik negara kita lebih hebat dari sesetengah negara maju yg lain...walhal negara kita x lah maju sgt...adakah dgn ini kita akan terkenal di mata dunia...x payah bersusah payah memenangi emas dalam sukan olimpik pon, untuk menjadikan negara kita terkenal di mata dunia..ish2...politik oh politik...cuba la main cara bersih...allah sentiasa melihat kita..wassalam..

Tuesday, June 24, 2008

facebook!

akhirnya aku update facebook aku..hahaa..setelah lama nak update tapi x update2..huhu.. i'm missing the good old days...huhu..

Monday, June 23, 2008

cinta dan harta

dia sudah jatuh cinta,
pada negara,
negara MALAYsia,
sampaikan tak nak bersara...

dia sudah jatuh cinta,
pada harta,
harta negara,
dikongsi sanak saudara,
tidak diagih sekata,
tidak adil dan saksama..

dia sudah jatuh cinta,
jatuh cinta ngan si dia,
si dia yang tamak haloba,
penjual aset negara,

cintanya tidak bermakna,
jika tiada harta,
harta pusaka,
nenek moyang kita,
selamatkan negara kita,
dari sang durjana!

~mine 2008~

kemana arah tuju negaraku MALAYsia?

waktu aku tgh bercuti di ganu..kami sefamili digemparkan dgn kenaikan mendadak harga minyak secara mengejut..padahal dalam paper sehari sebelum ini kata bulan ogos baru nak naik.. pelik2..
ramai yg nak PAK blah tu step down..tapi aku terbaca artikel pasal mufti perlis..dia kata klu paklah step down, adakah PM lepas ni lagi elok?haha..fikirlah sendiri...
ni pendapat aku klu PAKblah step down..:

1: klu najib jadi PM: masak la MALAYsia...dia ni dah unsettled...dia ni mmg x clean...ngan bini dia smcm je...dia ni x de credibiliti nak jadi PM..blh ke dia utamakan melayu?bagi bantuan JPA majoriti kat student melayu balik?blh ke dia hapuskan korupsi?rasuah?masalah beras?minyak? menaikkan taraf pendidikan kita balik?
2: klu ku li jadi PM: for me dia ni je leh selamatkan UMNO...walaupun aku x suka UMNO..tapi aku tak nak bias la kan....tp kekurangan dia... he's too old...huhu!!!
3:klu ANWAR jadi PM: dari atas kertas he's the right guy....setakat ni dia blh gabungkan parti pembangkang menjadi pakatan rakyat walaupun pelbagai masalah dan kontroversi yg dihadapi...mayb dia boleh gabungkan melayu dan MALAYsia...dan dia kata dia boleh turunkan harga minyak...wait and see..jgn kutuk atau puji lagi...

negara kita makin hari makin dihimpit,dituai, disebar dengan propanganda dari media, politician dan org2 sekeliling kita...ada yg panik,ada yg berdebar2 menghitung nasib mereka... now is the right time 4 paklah to step down or resign as a PM, politician, UMNO presiden, dan segala2 jawatan yg ada nama dia...STEP DOWN!

percutianku episod 2..


atas bot lanun..haha..

kat jeti..


belakon kaler batik...


homestay..


benti rehat..makan dulu..

huhu..ni percutian yg dinantikan..on 3rd june, aku ngan famili aku g kelantan n ganu..percutian ni mmg best..smua famili aku nak pegi skali lagi..haha..paling best mandi laut la..kat pantai chendering kot...mmg lawa la..paling x best tggu org pompuan shopping kat pasar payang..aduh.. dah la panas terik..mmg sabar tahap maximum masa tu....hahaha..

percutianku episod 2..